Thursday 7 March 2013

Dakwah Bi Al-Hal

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah..Hari ini (7/3/2013) diberi kesempatan untuk meng'update' blog ini yang lebih kurang sebulan bersarang. Almaklumla cuti semester dan line internet agak terhad di rumah. Pada hari ini juga diberi kesempatan untuk berkampung bersama-sama family Deen Consultant membincangkan hala tuju syarikat.

  Dakwah Islamiah merupakan kesinambungan dari wujud pengutusan Muhammad sebagai rasul dan terus berjalan sekalipun pembawa risalahnya sendiri telah wafat. Jika kita menyedari betapa penting risalah Muhammad yang bertujuan membawa rahmat untuk umat manusia, maka mengerti pulalah bahawa untuk melaksanakan tujuan risalah itu iaitu dakwah Islamiah agar benar-benar menjadi rahmat bagi alam semesta, memerlukan kebijaksanaan yang sungguh bijaksana. Allah sendiri yang mengutus Muhammad untuk tujuan tersebut, telah menggariskan satu kebijaksanaan dakwah yang harus menjadi pedoman bagi Muhammad dan bagi ummah yang berkewajipan menyebarkan kandungan risalah akhir itu.

   Terdapat beberapa manhaj dan uslub dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Entri kali ini akan memfokuskan kepada salah satu uslub tersebut iaitu Dakwah Bi Al-Hal. Uslub dakwah dalam al-Quran, kadang-kadang sifatnya melalui qudwah hasanah atau contoh teladan adalah lebih meresap dan berkesan, bahkan kadang-kadang contoh teladan yang diberikan terlalu berkesan sehingga mengejutkan, mengerikan, menakutkan dan akhirnya menginsafkan. Memang dalam zaman moden ini zaman yang bersemboyankan ilmu pengetahuan dan teknologi, peranan qudwah hasanah dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan.

   Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi eloklah kita mengetahui dulu apakah definisi Dakwah Bi Al-Hal. Pepatah Melayu ada menyebut tak kenal maka tak cinta Dakwah Bi Al-Hal dari segi bahasa ialah situasi semasa sama ada baik ataupun buruk. Dari segi istilah pula ialah suatu cara pengamalan yang didasarkan di atas asas realiti pelaksanaan semasa dan mendatangkan kesan baik sama ada melibatkan individu, organisasi atau masyarakat.

   Dakwah Bil Al-Hal juga dikenali sebagai qudwah hasanah, contoh teladan yang baik dan lisanul-hal. Dari segi bahasa ia membawa maksud keadaan tanpa suara. Sebenarnya bahasa ini bahasa yang paling asli dan sederhana, sudah lebih dahulu digunakan sebagai alat penghubung sebelum manusia boleh menggunakan bahasa dengan kata-kata. Tetapi apabila dipergunakn pada saat dan dengan cara yang tepat, maka kekuatannya sama malah kadang-kadang lebih kuat daripada kata-kata.

  Dalil yang mewajibkan menghilangkan kemungkaran adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak kuasa dengan lidahnya dan jika juga tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
 
  Erti menghilangkan kemungkaran dengan perbuatan adalah menghilangkan segala yang mencegah manusia berbuat kebaikan atau menerima kebenaran kerana kemungkaran di atas bumi mencegah manusia menerima kebenaran kerana itu kemungkaran memberikan pengaruh yang besar dalam pelaksanaan ajaran agama di tengah-tengah masyarakat. Maka apabila kemungkaran telah lenyap akan dapat memudahkan orang menerima kebenaran dan kebaikan kembali kepada umat manusia dan yang demikian itu adalah puncaknya amar ma’ruf dan menjadi salah satu aspeknya.

SKOP DAKWAH BI AL-HAL

Akhlak dan Tingkah Laku
Akhlaqul Karimah adalah budi pekerti yang mulia dan harus menjadi keperibadian setiap Muslim dalam tingkah laku dan sikap hidupnya sehari-hari. Akhlak ini diambil dari kata “khilqun” atau “khuluqun” yang mengandungi segi-segi persesuaian dengan “khalqun”, serta erat hubungannya dengan Khalik atau makhluk. Dari sinlah asal ilmu akhlak yang memungkinkan timbulnya hubungan yang baik antara makhluk dan Khalik dan antara makhluk dengan makhluk. Oleh itu, akhlak itu adalah sikap jiwa yang melahirkan tingkah laku dan budi pekerti manusia, yang secara praktikal pengalamannya itu dihadapkan kepada dua sasaran yakni kepada Allah S.W.T. sebagai Khalik dan kepada sesama manusia bahkan kepada sesama makhluk.

  Akhlak seorang Muslim yang dihadapkan kepada Allah itu ialah selalu taat dan patuh terhadap segala perintah dan laranganNya, tidak menyekutukanNya, tidak takabur, selalu bersyukur atas segala nikmatNya, cinta dan ta’dhim, khusyuk dan tawadhuk serta selalu berserah diri dan mengharapkan rahmat dan redhaNya.

  Adapun akhlak yang dihadapkan kepada sesama manusia ialah sikap jiwa dan tingkah laku serta budi pekerti yang baik dan mulia menurut tuntutan agama. Maka akhlak yang dihadapkan kepada sesama manusia itu ialah sikap dan tingkah laku yang menunjukkan cinta perdamaian, kasih mengasihi dan hormat menghormati serta memberikan setiap yang dimiliki (harta, tenaga dan ilmu pengetahuan) untuk digunakan bagi kepentingan dan kemaslahatan umum di samping dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri.

  Oleh itu, akhlaqul karimah ini merupakan faktor subjektif yang sangat penting dalam rangka melaksanakan tugas dakwah yang suci dan mulia ini. Berjaya dan gagalnya usaha atau perjuangan untuk membangun kehidupan manusia dan masyarakat dengan ajaran Islam ini, ditentukan sekali oleh nilai akhlak setiap peribadi Muslim itu sendiri sebagai pelaksana-pelaksananya.

  Oleh sebab itu memiliki akhlak yang baik dan mulia merupakan modal pertama dan yang terutama bagi setiap Muslim dalam melaksanakan tugas perjuangan ini. Tanpa memiliki akhlaqul karimah perjuangan akan menjadi kucar-kacir di tengah jalan, bahkan menjadi gagal sama sekali. Lebih-lebih dalam situasi masyarakat awam di mana untuk mengukur nilai kebenaran satu idea dan ajaran yang disampaikan kepada mereka itu, mereka menilainya bukan dengan rasional, akan tetapi dengan rasanya sendiri. Di sini nilai peribadi si pembawa itulah yang akan dijadikan ukuran benar dan salahnya satu idea atau ajaran yang disampaikan kepada mereka itu. Hal ini tidak boleh disalahkan secara langsung kerana memang demikianlah sifat manusia pada umumnya.

  Seorang pendakwah tidak mungkin berhasil mengajak orang untuk melakukan suatu pekerjaan apabila tidak terlebih dahulu dia melakukannya. Tidak pula dia akan berhasil meluruskan budi pekerti manusia kepada kebaikan apabila dia sendiri tidak memiliki budi pekerti yang mulia.

Percakapan dan Amalan
Penguasaan dakwah adalah kemampuan seorang pendakwah dalam menarik perhatian dan menguasai orang ramai yang beraneka ragam cara berfikir dan pemahamannya serta tidak sama kedudukan dan budaya mereka dalam suatu kelompok.

   Seorang pendakwah dapat dianggap berjaya jika dia mempunyai kemampuan memberikan kesan mendalam pada orang-orang yang menerima seruan dan buah fikirannya, walaupun mereka itu mempunyai perbezaan dalam cara hidup dan tradisi atau latar belakang sosial. Bahkan dia mampu pula menguasai dan mempengaruhi perilaku serta fikiran sejumlah orang sekaligus. Oleh yang demikian, penguasaan dakwah sebagai suatu keampuhan peribadi dan ketinggian budi atau kesucian iman yang dianugerahi Allah akan sangat menentukan kedudukan para pendakwah sebagai pemberi petunjuk dan pemimpin masyarakat, serta sanggup menghimpunkan orang ramai dan menarik perhatian mereka.

  Keberhasilan misi dakwah sangat erat berhubungan dengan kemampuan menguasai percakapan dan amalan dakwah itu. Dakwah yang dibawakan oleh pendakwah-pendakwah yang memikat akan sangat mungkin memperoleh hasil, apalagi kalau disertai dengan penguasaan yang tinggi terhadap faktor ini. Sementara pendakwah-pendakwah yang tidak mempunyai daya pikat dan kurang mampu menguasai faktor ini tidak akan dapat mencapai tujuannya.

  Mudah difahami bahwa masyarakat manusia pada masa sekarang ini memerlukan usaha yang akan menarik perhatian mereka kepada agama Islam. Mereka perlu insaf tentang Islam sebagai peraturan hidup. Islam seharusnya dijadikan pimpinan, ikutan dan imam yang akan memberi jalan yang jelas ditengah-tengah arus dan kekuatan alam yang saling bertentangan. Percakapan dan amalan pendakwah merupakan satu medium untuk mencari pintu yang memungkinkan ia dapat memasuki jiwa masyarakat sehingga ia berhasil menyakinkan tentang kebenaran ajaran yang dikemukannya itu dan dapat menarik mereka untuk turut bergerak.

Tempat Tinggal dan Pakaian
Prinsip umum tempat tinggal dan pakaian telah digariskan secara jelas dalam Islam yang mana ia harus diikuti oleh para pendakwah agar dakwah bil al-hal akan lebih berkesan dan lebih berpijak di bumi nyata. Di antaranya ialah prinsip kesederhanaan, kebersihan, keindahan dan lain-lain. Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w.: “Seorang lelaki berkata: Seorang lelaki suka apabila pakaiannya indah dan kasutnya cantik. Baginda berkata: "Sesungguhnya Allah itu cantik, Dia menyukai kecantikan.”

  Gaya yang kita pamerkan dalam bentuk pakaian juga harus dijaga serapi-rapinya sehingga tidak melanggar batas-batas tertentu dan membosankan. Cara berpakaian dan bentuk pakaian yang dikenakan harus dijaga sebaik-baiknya, tidak menjolok mata dan bertentangan dengan kebiasaan. Tetapi harus diingat apa yang lebih penting ialah matlamat dakwah itu sendiri. Bukanlah tujuan kita untuk menjadi peragawan atau peragawati di sini.

Rumahtangga dan Anak-Anak
Aspek rumahtangga juga suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan para pendakwah. Ia akan menjadi perhatian masyarakat, di samping akan menjadi contoh teladan kepada mereka. Justeru, aspek ini amat penting dijaga agar ia mempamerkan sebuah rumahtangga Muslim dan rumahtangga pendakwah. Ini merangkumi soal tarbiyyah isteri dan anak-anak agar mematuhi hukum-hakam agama seperti hukum pakaian, ibadah-ibadah (seperti solat), makanan dan lain-lain. Ia juga merangkumi aspek pergaulan dengan mereka dan cara hidup sebuah keluarga secara umumnya seperti mengamalkan sikap tolong-menolong, bertolak-ansur dan lain-lain.
Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan memperkembangkan dakwah, para pendakwah mestilah mempunyai sifat-sifat asasi dan mereka mesti beriltizam dengan satu uslub yang sahih dan benar dalam urusan dakwah mereka.
 
  Satu dari sifat yang utama dan paling penting kepada pendukung dakwah ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yang baik bagi Islam yang diserukannya. Dia mesti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi perkara yang syubhat atau yang samar-samar, menjauhi segala yang haram, sentiasa mengingati Allah di segala perkara yang kecil dan besar. Di dalam rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.

  Sesungguhnya keikhlasan pendukung dakwah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan bagi dakwah Allah merupakan satu faktor yang sangat penting. Supaya dakwahnya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yang diseru lantas mereka dengan senang hati menyambut baik seruan itu. Mereka akan terpesona dengan seruannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak dicampur adukkan dengan tujuan lain atau disadur dengan kepentingan duniawi. Dia bercakap untuk dakwah, bergerak untuk dakwah, berjalan kerana dakwah, jadi dia adalah untuk dakwah, kerana dakwah dan bersama dengan dakwah.

  Apa yang paling penting kita tumpukan di atas jalan dakwah ialah memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada jalan dakwah kita. Seperti yang kita sedia maklum memperbaiki diri itu adalah perkara yang besar dan penting yang patut kita berikan segala perhatian dan perhitungan yang bersungguh-sungguh kerana inilah kewajipan pertama dan asasi bagi setiap Muslim di dalam hidup ini sehinggalah kita berada dalam keredhaan Allah. Berjaya mencapai jannatun naim dan terlepas dari azab Allah di akhirat.

  Salah satu dari asas memperbaiki diri dan jiwa ialah menunjukkan contoh, sifat dan akhlak Islamiah, yang mulia seperti yang kepadanya oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. kerana akhlak dan moral itu memainkan peranan yang besar di dalam hidup individu. Dia berkait rapat dengan segala kegiatan hidupnya, berkaitan dengan sikapnya dengan kerabatnya, dengan jiran-jirannya dengan segala orang yang bergaul dengannya dan bermuamalah dengan mereka dan berbicara dengan mereka. Perkara yang mesti kepada seorang penyeru dakwah yang menyeru manusia ke jalan Allah, dia mesti bersifat dengan sifat Muslim yang sejati supaya dia menjadi contoh teladan untuk apa yang diseru kepadanya dan dapat merealisasikan Islam dengan perkataan dan amalannya bukan hanya dengan teori sahaja.




Thursday 31 January 2013



Ini Kisah "Keluarga" Kami

Hari ini (Khamis) bersamaan 31 Januari 2013, seharian aku menghabiskan di UKM walaupun cuti semester..Plannya nak siapkan kerja2 before pulang ke kampung halaman tercinta (Kuala Kangsar) esok..Tapi sambil 'menyelam minum air' la..Duk layan & download movie gak..Almaklumla internet laju bila orang xda..Sebenarnya aku baru sahaja pulang dari Johor awal pagi semalam..Habis satu Johor aku dan sahabat2 pusing..Untuk apa? Ke mana? Dengan Siapa? Dll persoalan lagi..Tunggu entri seterusnya baru aku share cerita tersebut.. Di kesempatan ni aku nak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada sahabat2 aku yang telah mendirikan rumahtangga @ masjid time cuti ni..Antaranya yang sempat aku singgah sebelum ke Johor ialah Siti Aminah & Pasangan di Melaka..Alhamdulillah, terbina lagi beberapa baitul muslim..Cuma entri ini bukanlah nak cerita pasal keluarga ini..Hehe..Yang nak diceritakan pada kali ini ialah kisah usrah muslimin JPDK batch 2010 yang dah berapa kali tertangguh untuk diceritakan..20 orang semuanya..
Wedding Siti Aminah

     Ukhwah itu indah..Pejam celik pejam celik dah berbaki 1 semester sahaja lagi bersama kalian..Sungguh cepat masa berlalu..Teringat lagi pada awal semester yang lalu bila mana Ustaz Muemin mesej minta aku untuk jadi naqib..Berat sebenarnya amanah ini apatah lagi naqib kepada sahabat2 seperjuangan..Almaklumla ramai lagi ustaz2 yang heebaat dalam kalangan mereka dan bukan senang nak ajak abang2 SENIOR ni ber'USRAH'..Namun, semuanya berjalan lancar sepanjang satu semester yang lalu..Cuma mungkin CARA KITA BERBEZA..Aku teringat kata2 Prof. Madya Dr. Razaleigh (Ketua Jabatan) sebelum ini yang mana USRAH ini tidak semestinya di masjid dan menadah kitab "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" (Fathi Yakan)..Teringat pulak zaman USRAH di KUIS dulu..Siap ada lulus dan gagal lagi..Moga ada manfaatnya..Saya nak mengulas panjang2 tentang maksud, rukun, sejarah dll tentang usrah ni pun dah banyak saya tengok kt blog orang lain..Cuma saya nak kongsi tentang kisah KAMI..Niat di hati hanyalah kerana Allah S.W.T. agak kita sama2 timbul rasa minat untuk ber'USRAH'..

Imam Hasan al-Bana di dalam risalah usrahnya menyatakan :

“Islam amat menitik beratkan pembentukan usrah dikalangan ahli-ahlinya dan mengarahkan mereka supaya menjadi model dan contoh terunggul, menguatkan ikatan mereka dan mengangkat tahap persaudaraan mereka dari perkataan dan teori kepada perbuatan dan praktikal..”

     Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu. Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah. Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah. Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk sahsiah muslim seterusnya menghasilkan manusia muslim.

      Apa aktiviti KAMI? 
1) Makan tengahari selepas kuliah Metodologi Dakwah kepada Muslim (Biasanya kedai Azura)
Restoran Azura
2) Makan malam selepas bermain futsal.
3) Iftar Jamaie
4) Camping and Picnic di Port Dickson
5) Futsal di KIAM @ Vrox
 
 
Restoran "Gelas Besar"
Restoran Alif

Pengisian oleh Ustaz Muemin
Iftar Jamaie
Makan dalam talam

Futsal
BBQ & makan time
Pengisian & respon time

Riadah time
Malam masih muda
Nampak macam biasa2 ja..Tapi ini luar biasa..Setiap kali aktiviti dijalankan bagi la sedikit PENGISIAN..Tidak perlu yang berat2 namun mampu 'menyapu halaman hati'..Mantapkan yang dalam 'kotak dahulu'..Jangan sempitkan ia..Sebenarnya apabila mereka sanggup dan sudi meluangkan masa pun sudah dikira bagus..Lama kelamaan suatu kumpulan yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam dalam segenap aspek kehidupan akan terhasil..Sekian sahaja untuk entri kali ini..Nak bercakap banyak pun tidak berguna..Moga ia bermanfaat untuk semua..Ukhwah itu indah!!!!            


Banana time























Tuesday 22 January 2013

Konflik Bidang Kuasa Mahkamah dalam Harta Wakaf dan Harta Pusaka



KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM HARTA WAKAF DAN HARTA PUSAKA: SATU KAJIAN DI DAERAH SEPANG
 
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah hari ini 23 Januari 2013 bersamaan hari Rabu diberi kesempatan untuk update blog. Sebenarnya tengah cuti semester sekarang. Tapi dah 3 hari berturut2 ke & di UKM menyelesaikan macam2 perkara (Program2 JAKMA, CESMED, Job dan hal2 lain). Cuma bila cuti2 camni internet pun laju la..

In sha Allah entri kali ini nak kongsi berkenaan Latihan Ilmiah saya semasa zaman Diploma di KUIS. Di kesempatan ini, aku nak jutaan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu dalam menyiapkan Latihan Ilmiah tersebut terutamanya Penyelia saya, Puan Nurhayati Abdul Ghani. Tidak tahu la beliau masih ingat atau tidak. Almaklumla dah 3 tahun lebih berlalu. Ingat lagi kena pergi cari rumah beliau di townhouse BSP sebab time nak hantar Latihan Ilmiah yang dah siap berjilid beliau dah bersalin dan dalam pantang. Bila ingat2 balik banyak pun kenangan manis dalam nak menyiapkan Latihan Ilmiah ini sebenarnya.

Kini semuanya tinggal kenangan. Memang rasa nak menulis lagi zaman Degree ini. Tapi keadaan yang tidak mengizinkan. Memilih untuk membuat projek CESMED menggantikan Latihan Ilmiah. Orang selalu beranggapan KAMI yang ambil CESMED ini lari daripada membuat Latihan Ilmiah. Tapi bagi saya sendiri, ada matlamat yang ingin saya capai. Maaflah jika kata2 saya ini akan ada yang terasa. "Aku tidak heran lah lau buat tesis setakat COPY & PASTE ja.." Cuma itu prinsip masing2 la ya. Setakat ini pun dah 2 buah tesis dihasilkan sebagai assignment walaupun secara berkumpulan. Yang pertama berkenaan KESENIAN untuk subjek LADNM dan yang kedua berkenaan MASJID untuk subjek LADM. Pengalaman yang banyak mendewasakan.....Ini bukan luahan tapi sekadar mukadimah. Hehe. Kembali kepada topik yang ingin dikongsi. Tapi ingin saya ingatkan di sini, yang entri ini hanya membincangkan sebahagian daripada perkara2 yang dibincangkan dalam Latihan Ilmiah tersebut. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita kena faham & tahu bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam harta wakaf & harta pusaka terlebih dahulu.

1.0    BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Faraid (Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang 2006: 221). Sijil Faraid atau perakuan ahli waris ialah satu sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri berhubung dengan harta pusaka si mati orang Islam, waris-waris yang berhak dan bahagian masing-masing waris yang berhak terhadap harta pusaka itu.

Mahkamah Syariah juga telah diberi pengiktirafan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Sebelum pindaan Kanun Tanah Negara 1965 pada tahun 1992, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa mengeluarkan perintah di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965. Tetapi pada tahun 1992, Kanun Tanah Negara 1965 telah dipinda.

Pindaan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah mengenai perkara-perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa, terutamanya berhubung dengan persoalan hartanah orang-orang Islam, sama ada dalam tuntutan harta sepencarian, harta pusaka, wasiat, wakaf, hibah dan sebagainya. Perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah hendaklah diikuti oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah Jajahan dan seumpamanya.

Selain daripada mengeluarkan Sijil Faraid dan mengeluarkan perintah di bawah Kanun Tanah Negara 1965, Mahkamah Syariah juga mempunyai peranan yang lebih umum dalam pentadbiran harta pusaka bagi orang-orang Islam seperti menentukan kesahtarafan seseorang anak, mengesahkan sesuatu akad perkahwinan, tuntutan harta sepencarian serta menentukan sah atau tidak sesuatu wasiat, hibah dan wakaf (Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang 2006: 227).

2.0    MASALAH-MASALAH

2.1    ISU BIDANG KUASA

Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan dan dianggap sukar oleh sesetengah orang kerana ada empat jabatan atau institusi yang mempunyai kuasa ke atas hal berkaitan pengurusan pusaka. Jabatan dan institusi itu ialah Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang.

Mengikut amalan yang ada sekarang, apabila permohonan dibuat di Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi dan sebahagian Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka, bagi kes kematian orang Islam, Sijil Faraid diperlukan untuk dilampirkan bersama. Untuk mendapatkan Sijil Faraid, waris-waris dikehendaki membuat permohonan di Mahkamah Syariah. Permohonan tersebut didengar dalam satu perbicaraan bagi menentukan waris-waris yang berhak mewarisi dan bahagian masing-masing. Keputusan Mahkamah Syariah dikeluarkan dalam bentuk ‘Sijil Faraid’. Amanah Raya Berhad, Unit Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi setelah memproses permohonan tersebut akan memanggil semua waris-waris untuk pembahagian samada mengikut faraid, pakatan atau takharuj dengan mengambil kira perkara lain yang bersangkutan seperti tuntutan jual beli, gadaian, sekatan kepentingan tanah dan sebagainya. Ini bermakna bagi orang Islam terpaksa menghadiri dua perbicaraan bagi menyelesaikan pusaka berbanding pusaka bukan Islam (Wan Abdul Halim Wan Harun 2006).

Hal ini berlaku kerana Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa membuat perintah pembahagian harta pusaka secara faraid walaupun ia berkuasa mengeluarkan Sijil Faraid. Ia hanya digunakan sebagai rujukan oleh waris atau pihak lain untuk mengetahui siapa waris sebenar harta si mati dan bahagiannya. Perkara ini amat mendukacitakan kerana Mahkamah Syariah sebagai mahkamah yang membicarakan hal berkaitan orang Islam tidak dapat menyelesaikan permasalahan pusaka orang Islam sendiri.

Lebih mendukacitakan kuasa terhad Mahkamah Syariah terpaksa dikongsi dengan Pejabat Pusaka Kecil. Dengan kata lain kuasa memperakui seseorang adalah waris dan bahagian faraid mereka bukan hak eksklusif Mahkamah Syariah. Pejabat Pusaka Kecil daerah juga mempunyai kuasa sama seperti diperuntukkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Apa yang pelik adalah Pejabat Pusaka Kecil berkuasa pula mengeluarkan surat kuasa tadbir atau perintah pembahagian yang tidak dimiliki Mahkamah Syariah. Amanah Raya Berhad juga mempunyai kuasa mengeluarkan surat kuasa tadbir ke atas harta pusaka. Mujurlah Amanah Raya Berhad tidak mempunyai kuasa mengesahkan seseorang itu ahli waris dan bahagian faraid mereka (Mohd NoorAizan Md Idrus 2007).

Inilah hakikat yang perlu diketahui dan disedari masyarakat Islam negara ini. Dalam kita selesa dengan jaminan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi dalam soal harta pusaka, Mahkamah Syariah masih terhad kuasanya jika dibandingkan dengan Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad dan lebih sedih lagi jika dibandingkan dengan Mahkamah Tinggi Sivil.

2.2    HALANGAN PERUNDANGAN

Banyak lagi undang-undang Persekutuan yang menghadkan serta menyekat bidang kuasa dan pemakaian undang-undang negeri (Mahir Danial 2009). Hal ini menjejaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjalankan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia. Sebagai contoh undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan pusaka iaitu terdapat Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang menghalang pemakaian Enakmen Undang-Undang Islam di setiap negeri.

Jika dihalusi secara terperinci, keterlibatan secara tidak langsung mengenai isu probet dan pentadbiran dalam sesuatu kes telah menjadi halangan bagi Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah seterusnya mencetuskan konflik bidang kuasa.

2.3    ASPEK TEKNIKAL

Perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan sosial masyarakat Islam kini telah menimbulkan banyak isu-isu semasa yang secara tidak langsung memberi impak kepada perundangan Islam, terutamanya tentang pembahagian harta pusaka orang-orang Islam apabila berlaku kematian. Secara umumnya, persoalan berkaitan bidang kuasa, halangan perundangan, ketiadaan statut, ketidakseragaman undang-undang dan tatacara merupakan permasalahan dalam melaksanakan pembahagian harta pusaka di kalangan orang Islam.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah kes-kes pusaka banyak sekali dikendalikan oleh Mahkamah Sivil, bukannya Mahkamah Syariah. Dengan hormatnya dinyatakan bahawa para hakim di Mahkamah Sivil (termasuk peguam) selalunya tidak mempunyai latar belakang undang-undang Islam.

Terdapat juga di kalangan hakim-hakim di Mahkamah Sivil ini yang mengaku bahawa mereka merasa bimbang untuk mengendalikan kes-kes berkaitan pusaka kerana merasakan tidak kompeten (dari sudut pengetahuan dalam hukum Syarak) untuk menghakiminya. Malahan dengan hormatnya dinyatakan di sini bahawa terdapat juga kes yang diputuskan tidak menepati undang-undang Islam (Siti Mashitoh Mahamood 2006). Keadaan menjadi lebih tidak menyenangkan jika ianya diputuskan oleh hakim yang bukan beragama Islam. Pihak Hakim yang bukan beragama Islam juga didapati menghadapi masalah tidak memahami hukum Syarak yang boleh menyebabkan tangguhan kes yang dibicarakan.

Terdapat juga isu-isu sampingan yang menyebabkan berlakunya permasalahan dalam perancangan harta pusaka. Hal ini dapat kita lihat apabila berlaku pertelingkahan di kalangan ahli keluarga terhadap masalah pembahagian harta, anak yang tidak tahu kedudukannya sebagai anak angkat atau anak tidak sah taraf dan yang lebih teruk apabila ahli keluarga mengabaikan harta tersebut sehingga menyebabkan harta itu tidak diuruskan dengan baik. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan banyak kes tertangguh.

Selain itu, persoalan yang timbul ialah sejauh mana kesediaan Mahkamah Syariah untuk menerima kes-kes wakaf dan pusaka sepenuhnya. Sebagai contoh dalam kes wakaf maklumat-maklumat tanah dan status tanah belum cukup lengkap. Mahkamah Syariah masih perlu berurusan dengan Pejabat Tanah dan Daerah dan ini secara tidak langsung melibatkan perkara sivil. Setakat ini di Sepang belum wujud kes berkaitan wakaf tetapi Mahkamah bersedia mendengar dan memutuskan kes tersebut (Temubual bersama Y.A. Zainal Abidin Kusmin 2009).

Tanggapan masyarakat yang meletakkan Mahkamah Sivil sebagai mahkamah yang hebat dan Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah kelas kedua memburukkan lagi keadaan di samping konflik dari segi bidang kuasa. Hakikatnya, kenyataan yang mengatakan Mahkamah Syariah lembap, lambat dan lemah merupakan persepsi masyarakat sahaja. Beberapa pembaharuan dan usaha telah dilakukan bagi menambah baik kedudukan Mahkamah Syariah pada masa kini.

3.0    CADANGAN PENYELESAIAN

Berdasarkan kajian yang telah dibincangkan, terdapat beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya ada usaha yang dilakukan ke arah penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan harta wakaf di Mahkamah Syariah.

Di sini, dicadangkan agar kerajaan membuat pindaan ke atas Akta Probet dan Pentadbiran 1959, iaitu mengecualikan orang Islam tertakluk di bawahnya. Sebagai alternatif, satu undang-undang probet dan pentadbiran untuk orang Islam perlulah disediakan di peringkat negeri dengan memperuntukkan bidang kuasa yang jelas kepada Mahkamah Syariah.

Sungguhpun satu jawatankuasa kerja untuk menggubal Enakmen atau Akta Undang-undang Pusaka Islam telah dibentuk pada tahun 1989 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tetapi usaha jawatankuasa ini tidak dapat direalisasikan sehingga sekarang masalah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa dalam pentadbiran pusaka orang-orang Islam, adalah dicadangkan satu undang-undang pusaka Islam (faraid)  yang tulin dikanunkan di negara ini seperti mana berlaku di negara-negara Arab dan Islam yang lain seperti Qanun al-Mawarith 1943 (di Mesir) dan Komplikasi Hukum Islam di Indonesia tahun 1991 (Mohd Zamro Muda & Mohd Ridzuan Awang 2006: 230).

Pada tahun 1998, Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan. Ini merupakan satu usaha yang ekstrem menuju kesamatarafan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Dengan penubuhan Jabatan ini, fungsi Mahkamah Syariah tidak dinafikan lagi lebih sistematik. Sebagai contoh telah diperkenalkan sistem E-Syariah, Sulh dan meletakkan tempoh masa sesuatu kes mesti selesai mestilah tidak lebih daripada tiga tahun. Di Selangor, satu daerah telah dibekalkan dengan seorang hakim berbanding dahulu tiga daerah berkongsi seorang hakim (Temubual bersama Y.A. Zainal Abidin Kusmin 2009).

Untuk meningkatkan lagi kedudukan Mahkamah Syariah terutama dalam kes-kes yang berkaitan orang harta orang Islam perlu kepada satu usaha dan sokongan yang berterusan daripada pihak Jabatan mahupun pihak-pihak luar seperti Kerajaan, Kementerian serta badan-badan bukan Kerajaan. Pihak sivil juga perlu memberikan sokongan kepada pihak Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, berkongsi pengalaman dan melatih hakim-hakim Syarie.  Dengan sokongan ini, Mahkamah Syariah mampu mencipta satu suasana yang tidak nampak kelemahan undang-undang Islam lagi.

Sokongan daripada institusi-institusi pendidikan juga sangat penting. Program pengijazahan Syariah dan undang-undang  yang ditawarkan hendaklah dilaksanakan dalam bentuk ”double degree” (ijazah berkembar) yang akan menghasilkan misalnya LLB dan LLB (Sha) sebagaimana yang telah dibuat oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Justeru, graduan yang dihasilkan akan dilengkapi oleh dua bidang undang-undang sekaligus mereka tidak lagi menghadapi masalah yang rumit dalam memahami keperluan undang-undang prosedur dan substantif serta melaksanakannya dalam satu-satu kes pusaka apabila beramal nanti.  Di samping itu, para pensyarah mahupun pelajar boleh mencadangkan idea-idea mereka dalam bnentuk artikel, mahupun jurnal secara terus kepada JKSM sendiri dalam usaha meningkatkan dan memperkemas Institusi Kehakiman Islam di negara ini khususnya dalam kes pusaka (Temubual bersama Y.A. Zainal Abidin Kusmin 2009).

Begitulah serba sedikit perkongsian daripada saya untuk kali ini.
Sahabat2 di UKM ada yang pernah dengar saya bentang tajuk ini rasanya. Mereka2 yang kelas tutorial Kepimpinan dan Pengurusan Islam dengan Dr. Ideris Endot. Time tu kita tahun 1 sem 1. Ingat lagi Dr. tanya kamu pelajar tahun 3 ke? Tajuk ini memang besar pun. Cuma saya dah ringkaskan ia menjadi sebuah assignment la. Apa2 pun semoga ia bermanfaat untuk kita semua. =)

Konvokesyen Diploma bersama emak & ayah

Saturday 19 January 2013

Sistem Nilai Masyarakat (LAD)

Sistem Nilai dan Perubahan Tingkah laku Psikologi Masyarakat Islam

"You stay up until 2.00 am talking about liberating Palestine, but when it comes to fajr time, our heroes are in bed... So how can we expect the help of Allah to come?"(Sheikh Zahir Mahmood)
 
If I could finish reading text books just to pass an exam of the world. BUT why couldn't I finish reading al-Quran to pass a far more important exam in the hereafter?
 
Kenyataan dan persoalan di atas merupakan ingatan untuk diri sendiri dan sahabat sebenarnya. Selagi kita bergantung pada Allah. Sungguh kita tak akan pernah jumpa perkataan 'kecewa' dalam kamus hidup kita! Yang penting 'yakin'.
 
Alhamdulillah, semalam bersamaan hari Jumaat (18 Januari) pada jam 10.30 pagi telah selesai menduduki peperiksaan akhir bagi semester ini iaitu subjek Psikologi Masyarakat Islam. Subjek ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham. Tidak dinafikan terdapat beberapa soalan yang di luar jangkaan dalam subjek ini. Apa2 pun yakinlah setelah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Teruskan usaha dan doa pada Allah serta bertawakal padaNya.
 
Pejam celik pejam celik akan berada di semester terakhir pada semester yang akan datang iaitu pada 18 Februari. Terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di UKM ini. Banyak yang ingin aku cerita dan kongsikan sebenarnya, namun tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kisah 'bulatan gembira' kami pun sudah 2-3 kali tertangguh untuk dikongsikan. In sha Allah pada entri yang selepas ini.
 
Kali ini saya memilih untuk bercerita mengenai sistem nilai. Topik ini merupakan salah satu topik yang dibincangkan dalam subjek Psikologi Masyarakat Islam. Nilai merupakan kepercayaan berkenaan patut atau tidak patut sesuatu itu dilakukan.
 
Nilai terbahagi kepada 2 iaitu nilai instrumental yang mana kepercayaan mengenai cara berkelakuan. Sebagai contoh bercita-cita tinggi, berfikiran luas dan berupaya. Selain itu, nilai terminal iaitu kepercayaan mengenai matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh kehidupan senang dan bahagia, perasaan dan pencapaian.
 
Perbincangan bersama penduduk
Sumber nilai ada tiga iaitu al-Quram, al-Sunnah sertta adat dan tradisi. Nilai merupakan pembolehubah asas yang boleh memandu dan menjadi penggerak sistem hidup manusia. Di sini saya akan bawakan nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang hidup berjiran dengan masyarakat orang Asli di Kampung Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Nilai yang pertama ialah nilai politik yang mana politik memenuhi keperluan individu melahirkan aktiviti, kerja serta usaha menyelesaikan masalah. Nilai politik yang dikehendaki Islam adalah dengan memiliki sifat-sifat kepimpinan sejati seperti nilai beriman, keinsanan dan kemasyarakatan yang mulia. Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud: 
 
Ucapan Penghulu
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

Perbincangan bersama penasihat

     Selain itu, nilai sosial. Nilai ini dapat dilihat dengan dapat memenuhi tuntutan kasih sayang, tolong-menolong dan kerjasama. Sebagai contoh dalam Islam ialah cara makan dan berjiran. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." 

Masyarakat orang Asli ketika jamuan BBQ
Slot Tayangan Video
 
 
 
 
 
 Nilai yang ketiga ialah nilai ekonomi yang mana merupakan kepentingan individu dan kecenderungan untuk dapatkan sesuatu faedah atau manfaat melalui penggunaan sumber. Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa' ayat 29 yang bermaksud:
Jamuan VIP
 
Kuih-kuih tempatan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu."

Sukaneka
Nilai ekonomi dalam Islam ialah tidak tamak, bertimbangrasa, tidak menindas, menipu dan menggunakan sumber alam tanpa had. Dalam Islam juga mestilah bebas dan perlindungan.

     Nilai yang keempat ialah nilai akhlak. Nilai akhlak dalam Islam adalah seperti beriman, soleh, ikhlas, sabar, amanah, bertanggungjawab dan adil. Nilai akhlak adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan fitrah manusia. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:

Perlawanan Bola Sepak

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

     Di samping itu, nilai ibadah. Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah melaksanakan
Penyerahan keluarga angkat orang Asli
rukun Islam manakala ibadah umum adalah seperti bersedekah, belajar, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Penilaian ibadah adalah dengan ikhlas. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

Keluarga Angkat (Tok Imam Md Nawi)
Majlis pengIslaman