Friday 21 December 2012

VISI, MISI & OBJEKTIF



Moto
Membina kejayaan di bawah payung kemanisan iman.

Visi
Melahirkan insan yang mendapat kebahagiaan, kesenangan, ketenangan dan kesempurnaan hidup di dunia. Di akhirat pula kejayaan pertama menanti di kubur, ketenangan hakiki di mahsyar dan kebahagiaan yang abadi di syurga yang menanti. In sya Allah.

Misi
Melahirkan insan yang mempunyai kerohanian serta jati diri yang hebat dan cemerlang.


Objektif
1) Melahirkan modal insan yang seimbang dari lahiriah dan rohaniah yang berguna buat agama, bangsa dan negara.

2) Melahirkan para pelajar yang mempunyai motivasi dan jati diri yang tinggi.

3) Membantu membangunkan ummah yang berjaya di dunia mahupun akhirat.

4) Melaksanakan motivasi/kem di semua peringkat.

5) Memperkayakan peserta dididik dengan ilmu-ilmu kerohanian dan ilmu-ilmu umum.

6) Mengakrabkan peserta dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

7)  Menjadikan Deen Consultant sebagai sebuah organisasi sebagai medium dakwah dan perantara antara masyarakat.

PROFIL SYARIKAT




PENGENALAN 

Deen consultant, Islamic Leadership Training adalah sebuah Syarikat Perunding Motivasi Islam ke arah kecemerlangan diri secara bersepadu. Modul utama yang dibangunkan memberi fokus kepada penekanan rohaniah sekaligus menjana kecemerlangan diri, akademik, ibadah, sahsiah dan korporat serta kecemerlangan kerjaya. 

Para peserta akan di bawa ke suatu perjalanan di mana setiap modul-modul yang dibawa akan memberi erti yang tersendiri kepada para peserta. Modul-modul yang terdapat dalam perkhidmatan kami telah disusun dan digubal khas untuk semua lapisan masyarakat yang mengikutnya. Dengan barisan para penceramah, fasilitator, motivator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi disamping memiliki bantuan audio visual yang tersendiri (termasuk bersama pakej) pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti tinggi semasa program ini dijalankan di mana sahaja undangan ini diterima. 



KATA ALU-ALUAN 

Bismillahirahmaanirrahiim 

Alhamdulillah wassollatuwasalaamualarasulillah… Ammaba’du.. 

Segala pujian buat Empunya kehidupan dunia dan akhirat… 

Selawat dan salam pula khas buat junjungan rasul yang mulia Nabi Muhammad SAW penghulu kepada semua kenabian dan ummat dan seterusnyalah buat semua muslimin muslimat serta saudara-saudari yang dikasihi sekalian. 

Untuk pertamanya sama-samalah kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Tuhan yang merancang segala ketentuan kerana dengan iziNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kehidupan dimuka bumi sebagai alam persiapan kita untuk mencari bekal perjalanan yang panjang ke negeri yang abadi. 

Kita sebagai seorang hamba yang tugasnya mengabdikan diri kepada Allah, mestilah sentiasa memastikan sengenap lorong perjalanan kehidupan yang kita lalui sentiasa bertempatan dengan naungan keredhaan Allah S.W.T. 

Muslimin dan muslimat sekalian, terima kasih kerana sudi melapangkan sedetik waktu untuk bersama-sama kami menghayati keindahan Islam dan kemanisan iman. Kami amat-amat berharap segala artikel dan isi kandungan web ini sedikit sebanyak mampu membantu ummah untuk mencari penawar dan kehidupan kita seharian. 

Laman web ini adalah medium perantaraan maklumat program-program Sentuhan Rohani yang digerakan oleh sebuah konsultan berdaftar yang di kenali sebagai Deem Consultant. 

Deen Consultant adalah suatu organisasi Islamic Leadership Training yang bertanggungjawab untuk bersama–sama para dai’e di akhir zaman menyambung perjuangan dakwah yang diwarisi oleh nabi junjungan untuk mengembalikan kecintaan dan pengabdian manusia kepada penciptanya (Allah S.W.T ) .

Dengan Setitis ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, kami cuba untuk menjalanankan usaha sedayanya untuk menyentuh latifatul qalb insani supaya kembali menyinar merasai erti kehambaan dan tanggungjawab kehidupan setiap insan. 

Modul–modul ini diilhamkan khas untuk semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira usia umur mereka mahu pun darjat kedudukan dan taraf ilmuan yang ada pada diri mereka. Di sinilah akan tersingkap tabir sejauh mana erti kehambaan dan ketaatan seorang hamba kepada pencipta dan bertapa pentingnya muhasabah dalam kehidupan. 

Modul–modul yang digubah mampu meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam aspek kehidupan seharian mahupun bekalan di hari akhirat kelak dan InsyaAllah bakal melahirkan semangat jati diri yang hebat berdasarkan matlamat yang sangat murni dan utuh iaitu “Demi mencari keredhaan Allah dalam segala urusan.” 


Dengan ini akan lahirlah InsyaAllah : 

· Anak yang Soleh penawar hati buat ibu dan ayah. 

· Ibu ayah yang beriman sebagai jambatan anak-anak ke syurga. 

· Pelajar yang cemerlang yang sedar hakikat tanggungjawab mencari ilmu yang berkat. 

· Guru yang berhikmah dalam mendidik yang mendahulukan kasih sayang di dalam menjalankan tanggungjawab. 

· Pekerja yang cemerlang dan majikan yang budiman yang sentiasa memahami tanggungjawab masing-masing dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan organisasi yang gemilang. 

· Pemimpin yang adil dan bertanggungjawab kepada agama dan ummah. 

Segalanya bermula dari jiwa yang tenang serta jiwa yang mampu mengenali hakikat diri sentiasa dan matlamat setiap kehidupan.. 

Modul yang kami sediakan ini, akan dihiasi oleh pelbagai variasi uslub penyampaian seperti kesan bunyi (sound effect ) dan audiovisual yang kami sediakan termasuk di dalam pakej yang disediakan. 

Semoga Uslub dakwah terkini ini mampu memberi sumbangan agar penyampaian dakwah yang disampaikan mampu menembusi liang jiwa hati nurani para peserta program kami. 

Sekian daripada kami, dan saya Ustaz Ahmad Zulfadzli sentiasa menanti dan mengalu-alukan pelawaan dari pihak tuan/puan untuk membuat program bersama-sama kami walau dimana jua. InsyaAllah.


Nama Syarikat :
Deen Consultant Sdn Bhd

Didaftarkan di bawah
CESMED, UKM

No daftar syarikat
8811 25-M

Tarikh mula daftar
20/12/2012

Jenis syarikat
Sdn Bhd

Alamat tetap syarikat
Putrajaya

No tel/faks
013-3702541

Email : 

Akaun syarikat
158097766341

Jenis perkhidmatan :
Motivasi, Pembangunan Diri, Smart Solat, Peperiksaan

Kekuatan Deen Consultant : 
Orang Asli, Kanak-kanak dan Remaja

Lembaga Pengarah
Ahmad Zulfadzli Bin Din

Wednesday 12 December 2012

MODUL PILIHAN



MODUL PILIHAN

v         MODUL KEMANISAN IMAN 
Para peserta akan dibawa dalam satu perjalanamuhasabah diri serta kembali menjalin hubungan dengan pencipta dan juga segala tanggungjawab terhadap makhluk. Di dalam modul ini, peserta dibawa untuk merenung sejauh mana peningkatan iman (keyakinan dan pendirian kita terhadap Agama dan Tuhan pencipta). Penghujung modul ini para peserta akan memanjangkan munajat untuk menghidupkan jati diri berteraskan keyakinan yang teguh kepada tuhan pencipta.


v        MODUL CINTA
Dalam modul ini peserta akan dibimbing menuju ke suatu perjalanan muhasabah tentang erti aku seorang hamba dan betapa rahmat dam mendalamnya kasih sayang Allah terhadap kita. Di sinilah tersingkapnya rasa betapa daif, rendah dan kerdilnya diri disisi pencipta. Modul ini akan diakhiri dengan rintihan jiwa seorang hamba yang sekian lama alpa dan berdosa serta mencari pimtu kasih sayang Allah di dalam diri.


v         MODUL IBADAH ASAS KEJAYAAN MUKMIN
Dalam modul ini, para peserta akan dipimpin untuk merasakan betapa hebatnya segala ibadah dalam Islam untuk melahirkan individu yang hebat dan cemerlang di dunia dan akhirat. Di dalam modul ini, peserta akan dihidangkan dengan pelbagai rahsia ibadah untuk melahirkan rasa tanggungjawab dan seronok daam melaksanakan ibadah yang wajib mahupun sunat.


v        MENITI TITIAN JAYA (modul khas untuk Jati Diri)
Dalam modul ini para peserta akan disuntik dengan semangat juang sebagai seorang pelajar dalam mencari kejayaan yang sebenar-benarnya. Para peserta akan dipimpin untuk mengenali erti kejayaan yang hakiki.


v         MODUL BICARA HATI
Para peserta akan diberi ruang dan peluang untuk berkongsi masalah, yang mungkin sekali selama ini terus menerus terpendam di dalam hati sanubari. Dengan cara dan gaya penyampaian yang tersendiri, perunding motivasi akan cuba menghuraikan persoalan hati dengan lebih terperinci bagi membawa kesedaran rohaniah kepada para peserta.


v        MODUL PEMUDA DAN PEMUDI MITHALI
Modul ini memaparkan kepada peserta tentang pendedahan dengan pelbagai ancaman luar yang menyesatkan. Dengan pelbagai ujian dan dugaan akhir zaman. Para peserta akan dibangkitkan dengan satu perasaan politik, perasaan sayang terhadap agama, bangsa dan negara.


 MODUL KHAS UNTUK MUHASABAH IBU BAPA & ANAK-ANAK
-          Kasih Dirai Sayang Dipadu
-          Cubit-Cubit sayang
-          Ibu Ayah Jambatan Anak ke Syurga
Modul ini adalah modul gabungan antara ibu bapa penjaga dengan anak-anak yang memaparkan tentang tanggungjawab duniawi dan ukhrawi terhadap diri masing-masing serta menerapkan rasa kasih sayang serta ibu bapa penjaga dan anak-anak sekeluarga.
“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut kesesuaian tempat, waktu dan keadaan. Pihak penganjur berhak mengubah jadual aktviti sekiranya difikirkan perlu”.

KATA ALU-ALUAN



KATA ALU-ALUAN


Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum W.B.T.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam pula khas buat junjungan rasul yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. penghulu kepada semua kenabian dan ummat dan seterusnyalah buat semua muslimin muslimat serta saudara-saudari yang dikasihi sekalian.


Untuk pertamanya sama-samalah kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Tuhan yang merancang segala ketentuan kerana dengan iziNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kehidupan di muka bumi sebagai alam persiapan kita untuk mencari bekal perjalanan yang panjang ke negeri yang abadi.


Kita sebagai seorang hamba yang tugasnya mengabdikan diri kepada Allah, mestilah sentiasa memastikan sengenap lorong perjalanan kehidupan yang kita lalui sentiasa bertempatan dengan naungan keredhaan Allah S.W.T.


Muslimin dan muslimat sekalian, terima kasih kerana sudi melapangkan sedetik waktu untuk bersama-sama kami menghayati keindahan Islam dan kemanisan iman. Kami amat-amat berharap segala artikel dan isi kandungan web ini sedikit sebanyak mampu membantu ummah untuk mencari penawar dan kehidupan kita seharian.


Laman web ini adalah medium perantaraan maklumat program-program Sentuhan Rohani yang digerakan oleh sebuah konsultan berdaftar yang di kenali sebagai Deen Consultant.


Deen Consultant adalah suatu organisasi Islamic Leadership Training yang bertanggungjawab untuk bersama –sama para dai’e di akhir zaman menyambung perjuangan dakwah yang diwarisi oleh nabi junjungan untuk mengembalikan kecintaan dan pengabdian manusia kepada penciptanya (Allah S.W.T )


Dengan setitis ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, kami cuba untuk menjalanankan usaha sedayanya untuk menyentuh latifatul qalb insani supaya kembali menyinar merasai erti kehambaan dan tanggungjawab kehidupan setiap insan.


Modul – modul ini diilhamkan khas untuk semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira usia umur mereka mahu pun darjat kedudukan dan taraf ilmuan yang ada pada diri mereka. Di sinilah akan tersingkap tabir sejauh mana erti kehambaan dan ketaatan seorang hamba kepada pencipta dan bertapa pentingnya muhasabah dalam kehidupan.


Modul –modul yang digubah mampu meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam aspek kehidupan seharian mahupun bekalan di hari akhirat kelak dan InsyaAllah bakal melahirkan semangat jati diri yang hebat berdasarkan matlamat yang sangat murni dan utuh iaitu “Demi mencari keredhaan Allah dalam segala urusan.”


Dengan ini akan lahirlah InsyaAllah :

  1. Anak yang Soleh penawar hati buat ibu dan ayah. 
  2. Ibu ayah yang beriman sebagai jambatan anak-anak ke syurga.
  3. Pelajar yang cemerlang yang sedar hakikat tanggungjawab mencari ilmu yang berkat.
  4. Guru yang berhikmah dalam mendidik yang mendahulukan kasih sayang di dalam menjalankan tanggungjawab.
  5. Pekerja yang cemerlang dan majikan yang budiman yang sentiasa memahami tanggungjawab masing-masing dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan organisasi yang gemilang.
  6. Pemimpin yang adil dan bertanggungjawab kepada agama dan ummah.

Segalanya bermula dari jiwa yang tenang serta jiwa yang mampu mengenali hakikat diri sentiasa dan matlamat setiap kehidupan..

Modul yang kami sediakan ini, akan dihiasi oleh pelbagai variasi uslub penyampaian seperti kesan bunyi (sound effect ) dan audiovisual yang kami sediakan termasuk di dalam pakej yang disediakan.

Semoga Uslub dakwah terkini ini mampu memberi sumbangan agar penyampaian dakwah yang disampaikan mampu menembusi liang jiwa hati nurani para peserta program kami.


Sekian daripada kami,dan saya Ustaz Ahmad Zulfadzli sentiasa menanti dan mengalu-alukan pelawaan dari pihak tuan/puan untuk membuat program bersama-sama kami walau dimana jua. Insyallah.

PENGENALAN



DeeN Consultant

Deen consultant, Islamic Leadership Training adalah sebuah Syarikat Perunding Motivasi Islam ke arah kecemerlangan diri secara bersepadu. Modul utama yang dibangunkan memberi fokus kepada penekanan rohaniah sekaligus menjana kecemerlangan diri, akademik, ibadah, sahsiah dan korporat serta kecemerlangan kerjaya.
       Para peserta akan dibawa ke suatu perjalanan di mana setiap modul-modul yang di bawa akan memberi erti yang tersendiri kepada para peserta. Modul-modul yang terdapat dalam perkhidmatan kami telah disusun dan digubal khas untuk semua lapisan masyarakat yang mengikutnya. Dengan barisan para penceramah, fasilitator, motivator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi di samping memiliki bantuan audio visual yang tersendiri (termasuk bersama pakej) pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti tinggi semasa program ini dijalankan di mana sahaja undangan ini diterima.