Konsep Hubungan Membantu antara Kaunselor dengan Klien dalam Kaunseling Islam
“Allah… tidak mungkin salah memilih orang… siapa dan apa bentuk
ujiannya… Pemberian Allah, ujian dan nikmatNya, tidak dapat
diperdebatkan! Menjadi pilihanNya, adalah anugrah, syukurilah! Tidak
semua orang seberuntung dirimu… Allah ingin mengangkat darjatmu,
keimanan dan ketaqwaanmu…”
Hidup adalah ujian. Alhamdulillah. Semalam 7 Januari 2013 bersamaan hari Isnin, telah selesai menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Teknologi Maklumat Dakwah pada jam 8.30 pagi dan Kaunseling Islam pada jam 3.30 petang. Diuji oleh Allah dengan mata yang bengkak kerana allergic tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan perjuangan ini. Doaku agar berjaya hendaknya bukan hanya di dunia malahan di akhirat. Tidak lupa juga buat semua sahabat seperjuanganku. Amin.
Hidup adalah ujian. Alhamdulillah. Semalam 7 Januari 2013 bersamaan hari Isnin, telah selesai menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Teknologi Maklumat Dakwah pada jam 8.30 pagi dan Kaunseling Islam pada jam 3.30 petang. Diuji oleh Allah dengan mata yang bengkak kerana allergic tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan perjuangan ini. Doaku agar berjaya hendaknya bukan hanya di dunia malahan di akhirat. Tidak lupa juga buat semua sahabat seperjuanganku. Amin.
Di sini saya nak kongsi dalil al-Quran berkenaan konsep hubungan membantu antara kaunselor dengan klien dalam kaunseling Islam. Proses kaunseling Islam akan berjalan dengan berkesan apabila seorang kaunselor dapat merealisasikan teknik hubungan membantu dalam proses kaunseling. Terdapat lima teknik hubungan membantu iaitu vocal, voice, visual, body language dan ihsan.
Vocal
Vocal mestilah jelas, terang dan difahami dan menggunakan bahasa yang difahami oleh klien.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya
kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu
memahaminya. "(Yusuf: 2)
Voice
Suara mestilah tidak terlalu keras, laju dan
perlahan. Sura juga mestilah sesuai dengan keadaan di samping mempunyai
nada suara yang menunjukkan empati. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut,
Mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Toha: 44)
Visual
Penekanan mengenai hubungan mata dan menunjukkan memberi perhatian. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan,
jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): 'Ya Tuhan
kami, kami Telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia),
kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang
yakin.'" (As-Sajdah: 12)
Pilihan di tangan anda.. |
Body Language
- Menundukkan badan dan kepala dalam 45 darjah
- Tidak menyilang kaki
- Tidak berpeluk tubuh
- Tidak menggerak-gerak kaki
- Tidak menulis/atau melakukan sesuatu yang menunjukkan kaunselor tidak memberi perhatian kepada klien
Firman Allah S.W. T. yang bermaksud: "Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka
berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 24)
Ihsan
Kauselor perlulah
menjadikan Allah sebagai tempat untuk memohon pertolongan dan
mendapatkan hidayah. Selain itu, perlu sentiasa merasai Allah melihat
apa yang sedang berlaku dalam sesi kaunseling di samping memohon doa
kepada Allah dalam usaha memberi bantuan kepada klien. Firman Allah
S.W.T. yang bermaksud: "Hanya
Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta
pertolongan." (Al-Fatihah: 5)
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Alhamdulillah topik ini merupakan salah satu soalan yang keluar. Sebenarnya teknik ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam usaha menyampaikan dakwah. Next paper adalah pada 14, 15 dan 18 Januari 2013. Semoga semuanya dipermudahkan. In sha Allah lain kali saya akan menceritakan berkenaan kumpulan usrah atau "bulatan gembira" kami pula. Gambar di bawah merupakan salah satu daripada aktiviti kami. Tunggu..Terima kasih kerana sudi membaca.
Ukhwah Itu Indah |
No comments:
Post a Comment