MODUL
PILIHAN
v MODUL KEMANISAN IMAN
Para
peserta akan dibawa dalam satu perjalanan
muhasabah diri serta kembali menjalin hubungan dengan pencipta dan juga
segala tanggungjawab terhadap makhluk. Di dalam modul ini, peserta dibawa untuk
merenung sejauh mana peningkatan iman (keyakinan dan pendirian kita terhadap
Agama dan Tuhan pencipta). Penghujung modul ini para peserta akan memanjangkan
munajat untuk menghidupkan jati diri berteraskan keyakinan yang teguh kepada
tuhan pencipta.
v MODUL CINTA
Dalam
modul ini peserta akan dibimbing menuju ke suatu perjalanan muhasabah tentang
erti aku seorang hamba dan betapa rahmat dam mendalamnya kasih sayang Allah
terhadap kita. Di sinilah tersingkapnya rasa betapa daif, rendah dan kerdilnya
diri disisi pencipta. Modul ini akan diakhiri dengan rintihan jiwa seorang
hamba yang sekian lama alpa dan berdosa serta mencari pimtu kasih sayang Allah
di dalam diri.
v MODUL IBADAH ASAS KEJAYAAN MUKMIN
Dalam
modul ini, para peserta akan dipimpin untuk merasakan betapa hebatnya segala
ibadah dalam Islam untuk melahirkan individu yang hebat dan cemerlang di dunia
dan akhirat. Di dalam modul ini, peserta akan dihidangkan dengan pelbagai
rahsia ibadah untuk melahirkan rasa tanggungjawab dan seronok daam melaksanakan
ibadah yang wajib mahupun sunat.
v MENITI TITIAN JAYA (modul khas untuk Jati Diri)
Dalam
modul ini para peserta akan disuntik dengan semangat juang sebagai seorang
pelajar dalam mencari kejayaan yang sebenar-benarnya. Para peserta akan
dipimpin untuk mengenali erti kejayaan yang hakiki.
v MODUL BICARA HATI
Para
peserta akan diberi ruang dan peluang untuk berkongsi masalah, yang mungkin
sekali selama ini terus menerus terpendam di dalam hati sanubari. Dengan cara
dan gaya penyampaian yang tersendiri, perunding motivasi akan cuba menghuraikan
persoalan hati dengan lebih terperinci bagi membawa kesedaran rohaniah kepada
para peserta.
v MODUL PEMUDA DAN PEMUDI MITHALI
Modul
ini memaparkan kepada peserta tentang pendedahan dengan pelbagai ancaman luar
yang menyesatkan. Dengan pelbagai ujian dan dugaan akhir zaman. Para peserta
akan dibangkitkan dengan satu perasaan politik, perasaan sayang terhadap agama,
bangsa dan negara.
MODUL KHAS UNTUK MUHASABAH IBU BAPA & ANAK-ANAK
MODUL KHAS UNTUK MUHASABAH IBU BAPA & ANAK-ANAK
- Kasih Dirai
Sayang Dipadu
-
Cubit-Cubit
sayang
-
Ibu Ayah
Jambatan Anak ke Syurga
Modul
ini adalah modul gabungan antara ibu bapa penjaga dengan anak-anak yang
memaparkan tentang tanggungjawab duniawi dan ukhrawi terhadap diri
masing-masing serta menerapkan rasa kasih sayang serta ibu bapa penjaga dan
anak-anak sekeluarga.
“Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan mengikut kesesuaian tempat, waktu dan keadaan. Pihak penganjur
berhak mengubah jadual aktviti sekiranya difikirkan perlu”.
No comments:
Post a Comment