Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Alhamdulillah..Hari ini (7/3/2013) diberi kesempatan untuk meng'update' blog ini yang lebih kurang sebulan bersarang. Almaklumla cuti semester dan line internet agak terhad di rumah. Pada hari ini juga diberi kesempatan untuk berkampung bersama-sama family Deen Consultant membincangkan hala tuju syarikat.

Dakwah Islamiah merupakan kesinambungan dari wujud pengutusan Muhammad sebagai rasul dan terus berjalan sekalipun pembawa risalahnya sendiri telah wafat. Jika kita menyedari betapa penting risalah Muhammad yang bertujuan membawa rahmat untuk umat manusia, maka mengerti pulalah bahawa untuk melaksanakan tujuan risalah itu iaitu dakwah Islamiah agar benar-benar menjadi rahmat bagi alam semesta, memerlukan kebijaksanaan yang sungguh bijaksana. Allah sendiri yang mengutus Muhammad untuk tujuan tersebut, telah menggariskan satu kebijaksanaan dakwah yang harus menjadi pedoman bagi Muhammad dan bagi ummah yang berkewajipan menyebarkan kandungan risalah akhir itu.
Terdapat beberapa manhaj dan uslub dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Entri kali ini akan memfokuskan kepada salah satu uslub tersebut iaitu Dakwah Bi Al-Hal. Uslub dakwah dalam al-Quran, kadang-kadang sifatnya melalui qudwah hasanah atau contoh teladan adalah lebih meresap dan berkesan, bahkan kadang-kadang contoh teladan yang diberikan terlalu berkesan sehingga mengejutkan, mengerikan, menakutkan dan akhirnya menginsafkan. Memang dalam zaman moden ini zaman yang bersemboyankan ilmu pengetahuan dan teknologi, peranan qudwah hasanah dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi eloklah kita mengetahui dulu apakah definisi Dakwah Bi Al-Hal. Pepatah Melayu ada menyebut tak kenal maka tak cinta Dakwah Bi Al-Hal dari segi bahasa ialah situasi semasa sama ada baik ataupun buruk. Dari segi istilah pula ialah suatu cara pengamalan yang didasarkan di atas asas realiti pelaksanaan semasa dan mendatangkan kesan baik sama ada melibatkan individu, organisasi atau masyarakat.
Dakwah Bil Al-Hal juga dikenali sebagai qudwah hasanah, contoh teladan yang baik dan lisanul-hal. Dari segi bahasa ia membawa maksud keadaan tanpa suara. Sebenarnya bahasa ini bahasa yang paling asli dan sederhana, sudah lebih dahulu digunakan sebagai alat penghubung sebelum manusia boleh menggunakan bahasa dengan kata-kata. Tetapi apabila dipergunakn pada saat dan dengan cara yang tepat, maka kekuatannya sama malah kadang-kadang lebih kuat daripada kata-kata.
Dalil yang mewajibkan menghilangkan kemungkaran adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak kuasa dengan lidahnya dan jika juga tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
Erti menghilangkan kemungkaran dengan perbuatan adalah menghilangkan segala yang mencegah manusia berbuat kebaikan atau menerima kebenaran kerana kemungkaran di atas bumi mencegah manusia menerima kebenaran kerana itu kemungkaran memberikan pengaruh yang besar dalam pelaksanaan ajaran agama di tengah-tengah masyarakat. Maka apabila kemungkaran telah lenyap akan dapat memudahkan orang menerima kebenaran dan kebaikan kembali kepada umat manusia dan yang demikian itu adalah puncaknya amar ma’ruf dan menjadi salah satu aspeknya.
SKOP DAKWAH BI AL-HAL
Akhlak dan Tingkah Laku
Akhlaqul Karimah adalah budi pekerti yang mulia dan harus menjadi keperibadian setiap Muslim dalam tingkah laku dan sikap hidupnya sehari-hari. Akhlak ini diambil dari kata “khilqun” atau “khuluqun” yang mengandungi segi-segi persesuaian dengan “khalqun”, serta erat hubungannya dengan Khalik atau makhluk. Dari sinlah asal ilmu akhlak yang memungkinkan timbulnya hubungan yang baik antara makhluk dan Khalik dan antara makhluk dengan makhluk. Oleh itu, akhlak itu adalah sikap jiwa yang melahirkan tingkah laku dan budi pekerti manusia, yang secara praktikal pengalamannya itu dihadapkan kepada dua sasaran yakni kepada Allah S.W.T. sebagai Khalik dan kepada sesama manusia bahkan kepada sesama makhluk.
Akhlak seorang Muslim yang dihadapkan kepada Allah itu ialah selalu taat dan patuh terhadap segala perintah dan laranganNya, tidak menyekutukanNya, tidak takabur, selalu bersyukur atas segala nikmatNya, cinta dan ta’dhim, khusyuk dan tawadhuk serta selalu berserah diri dan mengharapkan rahmat dan redhaNya.
Adapun akhlak yang dihadapkan kepada sesama manusia ialah sikap jiwa dan tingkah laku serta budi pekerti yang baik dan mulia menurut tuntutan agama. Maka akhlak yang dihadapkan kepada sesama manusia itu ialah sikap dan tingkah laku yang menunjukkan cinta perdamaian, kasih mengasihi dan hormat menghormati serta memberikan setiap yang dimiliki (harta, tenaga dan ilmu pengetahuan) untuk digunakan bagi kepentingan dan kemaslahatan umum di samping dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri.
Oleh itu, akhlaqul karimah ini merupakan faktor subjektif yang sangat penting dalam rangka melaksanakan tugas dakwah yang suci dan mulia ini. Berjaya dan gagalnya usaha atau perjuangan untuk membangun kehidupan manusia dan masyarakat dengan ajaran Islam ini, ditentukan sekali oleh nilai akhlak setiap peribadi Muslim itu sendiri sebagai pelaksana-pelaksananya.
Oleh sebab itu memiliki akhlak yang baik dan mulia merupakan modal pertama dan yang terutama bagi setiap Muslim dalam melaksanakan tugas perjuangan ini. Tanpa memiliki akhlaqul karimah perjuangan akan menjadi kucar-kacir di tengah jalan, bahkan menjadi gagal sama sekali. Lebih-lebih dalam situasi masyarakat awam di mana untuk mengukur nilai kebenaran satu idea dan ajaran yang disampaikan kepada mereka itu, mereka menilainya bukan dengan rasional, akan tetapi dengan rasanya sendiri. Di sini nilai peribadi si pembawa itulah yang akan dijadikan ukuran benar dan salahnya satu idea atau ajaran yang disampaikan kepada mereka itu. Hal ini tidak boleh disalahkan secara langsung kerana memang demikianlah sifat manusia pada umumnya.
Seorang pendakwah tidak mungkin berhasil mengajak orang untuk melakukan suatu pekerjaan apabila tidak terlebih dahulu dia melakukannya. Tidak pula dia akan berhasil meluruskan budi pekerti manusia kepada kebaikan apabila dia sendiri tidak memiliki budi pekerti yang mulia.
Percakapan dan Amalan
Penguasaan dakwah adalah kemampuan seorang pendakwah dalam menarik perhatian dan menguasai orang ramai yang beraneka ragam cara berfikir dan pemahamannya serta tidak sama kedudukan dan budaya mereka dalam suatu kelompok.
Seorang pendakwah dapat dianggap berjaya jika dia mempunyai kemampuan memberikan kesan mendalam pada orang-orang yang menerima seruan dan buah fikirannya, walaupun mereka itu mempunyai perbezaan dalam cara hidup dan tradisi atau latar belakang sosial. Bahkan dia mampu pula menguasai dan mempengaruhi perilaku serta fikiran sejumlah orang sekaligus. Oleh yang demikian, penguasaan dakwah sebagai suatu keampuhan peribadi dan ketinggian budi atau kesucian iman yang dianugerahi Allah akan sangat menentukan kedudukan para pendakwah sebagai pemberi petunjuk dan pemimpin masyarakat, serta sanggup menghimpunkan orang ramai dan menarik perhatian mereka.
Keberhasilan misi dakwah sangat erat berhubungan dengan kemampuan menguasai percakapan dan amalan dakwah itu. Dakwah yang dibawakan oleh pendakwah-pendakwah yang memikat akan sangat mungkin memperoleh hasil, apalagi kalau disertai dengan penguasaan yang tinggi terhadap faktor ini. Sementara pendakwah-pendakwah yang tidak mempunyai daya pikat dan kurang mampu menguasai faktor ini tidak akan dapat mencapai tujuannya.
Mudah difahami bahwa masyarakat manusia pada masa sekarang ini memerlukan usaha yang akan menarik perhatian mereka kepada agama Islam. Mereka perlu insaf tentang Islam sebagai peraturan hidup. Islam seharusnya dijadikan pimpinan, ikutan dan imam yang akan memberi jalan yang jelas ditengah-tengah arus dan kekuatan alam yang saling bertentangan. Percakapan dan amalan pendakwah merupakan satu medium untuk mencari pintu yang memungkinkan ia dapat memasuki jiwa masyarakat sehingga ia berhasil menyakinkan tentang kebenaran ajaran yang dikemukannya itu dan dapat menarik mereka untuk turut bergerak.
Tempat Tinggal dan Pakaian
Prinsip umum tempat tinggal dan pakaian telah digariskan secara jelas dalam Islam yang mana ia harus diikuti oleh para pendakwah agar dakwah bil al-hal akan lebih berkesan dan lebih berpijak di bumi nyata. Di antaranya ialah prinsip kesederhanaan, kebersihan, keindahan dan lain-lain. Sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w.: “Seorang lelaki berkata: Seorang lelaki suka apabila pakaiannya indah dan kasutnya cantik. Baginda berkata: "Sesungguhnya Allah itu cantik, Dia menyukai kecantikan.”
Gaya yang kita pamerkan dalam bentuk pakaian juga harus dijaga serapi-rapinya sehingga tidak melanggar batas-batas tertentu dan membosankan. Cara berpakaian dan bentuk pakaian yang dikenakan harus dijaga sebaik-baiknya, tidak menjolok mata dan bertentangan dengan kebiasaan. Tetapi harus diingat apa yang lebih penting ialah matlamat dakwah itu sendiri. Bukanlah tujuan kita untuk menjadi peragawan atau peragawati di sini.
Rumahtangga dan Anak-Anak
Aspek rumahtangga juga suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan para pendakwah. Ia akan menjadi perhatian masyarakat, di samping akan menjadi contoh teladan kepada mereka. Justeru, aspek ini amat penting dijaga agar ia mempamerkan sebuah rumahtangga Muslim dan rumahtangga pendakwah. Ini merangkumi soal tarbiyyah isteri dan anak-anak agar mematuhi hukum-hakam agama seperti hukum pakaian, ibadah-ibadah (seperti solat), makanan dan lain-lain. Ia juga merangkumi aspek pergaulan dengan mereka dan cara hidup sebuah keluarga secara umumnya seperti mengamalkan sikap tolong-menolong, bertolak-ansur dan lain-lain.
Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan memperkembangkan dakwah, para pendakwah mestilah mempunyai sifat-sifat asasi dan mereka mesti beriltizam dengan satu uslub yang sahih dan benar dalam urusan dakwah mereka.
Satu dari sifat yang utama dan paling penting kepada pendukung dakwah ialah dia mesti menjadi contoh dan teladan yang baik bagi Islam yang diserukannya. Dia mesti menunaikan segala rukun Islam, mengikuti Sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w, menjauhi perkara yang syubhat atau yang samar-samar, menjauhi segala yang haram, sentiasa mengingati Allah di segala perkara yang kecil dan besar. Di dalam rumahtangganya, ahlinya mestilah beriltizam dengan segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.
Sesungguhnya keikhlasan pendukung dakwah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan bagi dakwah Allah merupakan satu faktor yang sangat penting. Supaya dakwahnya berjaya menembusi dan menawan hati orang-orang yang diseru lantas mereka dengan senang hati menyambut baik seruan itu. Mereka akan terpesona dengan seruannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak dicampur adukkan dengan tujuan lain atau disadur dengan kepentingan duniawi. Dia bercakap untuk dakwah, bergerak untuk dakwah, berjalan kerana dakwah, jadi dia adalah untuk dakwah, kerana dakwah dan bersama dengan dakwah.
Apa yang paling penting kita tumpukan di atas jalan dakwah ialah memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada jalan dakwah kita. Seperti yang kita sedia maklum memperbaiki diri itu adalah perkara yang besar dan penting yang patut kita berikan segala perhatian dan perhitungan yang bersungguh-sungguh kerana inilah kewajipan pertama dan asasi bagi setiap Muslim di dalam hidup ini sehinggalah kita berada dalam keredhaan Allah. Berjaya mencapai jannatun naim dan terlepas dari azab Allah di akhirat.
Salah satu dari asas memperbaiki diri dan jiwa ialah menunjukkan contoh, sifat dan akhlak Islamiah, yang mulia seperti yang kepadanya oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. kerana akhlak dan moral itu memainkan peranan yang besar di dalam hidup individu. Dia berkait rapat dengan segala kegiatan hidupnya, berkaitan dengan sikapnya dengan kerabatnya, dengan jiran-jirannya dengan segala orang yang bergaul dengannya dan bermuamalah dengan mereka dan berbicara dengan mereka. Perkara yang mesti kepada seorang penyeru dakwah yang menyeru manusia ke jalan Allah, dia mesti bersifat dengan sifat Muslim yang sejati supaya dia menjadi contoh teladan untuk apa yang diseru kepadanya dan dapat merealisasikan Islam dengan perkataan dan amalannya bukan hanya dengan teori sahaja.

TERBAIK~:)
ReplyDelete