PROFIL SYARIKAT





PENGENALAN 



Deen consultant, Islamic Leadership Training adalah sebuah Syarikat Perunding Motivasi Islam ke arah kecemerlangan diri secara bersepadu. Modul utama yang dibangunkan memberi fokus kepada penekanan rohaniah sekaligus menjana kecemerlangan diri, akademik, ibadah, sahsiah dan korporat serta kecemerlangan kerjaya. 


Para peserta akan di bawa ke suatu perjalanan di mana setiap modul-modul yang dibawa akan memberi erti yang tersendiri kepada para peserta. Modul-modul yang terdapat dalam perkhidmatan kami telah disusun dan digubal khas untuk semua lapisan masyarakat yang mengikutnya. Dengan barisan para penceramah, fasilitator, motivator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi disamping memiliki bantuan audio visual yang tersendiri (termasuk bersama pakej) pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti tinggi semasa program ini dijalankan di mana sahaja undangan ini diterima. 


KATA ALU-ALUAN 

Bismillahirahmaanirrahiim 

Alhamdulillah wassollatuwasalaamualarasulillah… Ammaba’du.. 

Segala pujian buat Empunya kehidupan dunia dan akhirat… 

Selawat dan salam pula khas buat junjungan rasul yang mulia Nabi Muhammad SAW penghulu kepada semua kenabian dan ummat dan seterusnyalah buat semua muslimin muslimat serta saudara-saudari yang dikasihi sekalian. 

Untuk pertamanya sama-samalah kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Tuhan yang merancang segala ketentuan kerana dengan izinNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kehidupan dimuka bumi sebagai alam persiapan kita untuk mencari bekal perjalanan yang panjang ke negeri yang abadi. 

Kita sebagai seorang hamba yang tugasnya mengabdikan diri kepada Allah, mestilah sentiasa memastikan sengenap lorong perjalanan kehidupan yang kita lalui sentiasa bertempatan dengan naungan keredhaan Allah S.W.T. 

Muslimin dan muslimat sekalian, terima kasih kerana sudi melapangkan sedetik waktu untuk bersama-sama kami menghayati keindahan Islam dan kemanisan iman. Kami amat-amat berharap segala artikel dan isi kandungan web ini sedikit sebanyak mampu membantu ummah untuk mencari penawar dan kehidupan kita seharian. 

Laman web ini adalah medium perantaraan maklumat program-program Sentuhan Rohani yang digerakan oleh sebuah konsultan berdaftar yang di kenali sebagai Deem Consultant. 

Deen Consultant adalah suatu organisasi Islamic Leadership Training yang bertanggungjawab untuk bersama–sama para dai’e di akhir zaman menyambung perjuangan dakwah yang diwarisi oleh nabi junjungan untuk mengembalikan kecintaan dan pengabdian manusia kepada penciptanya (Allah S.W.T ) .

Dengan Setitis ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, kami cuba untuk menjalanankan usaha sedayanya untuk menyentuh latifatul qalb insani supaya kembali menyinar merasai erti kehambaan dan tanggungjawab kehidupan setiap insan. 

Modul–modul ini diilhamkan khas untuk semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira usia umur mereka mahu pun darjat kedudukan dan taraf ilmuan yang ada pada diri mereka. Di sinilah akan tersingkap tabir sejauh mana erti kehambaan dan ketaatan seorang hamba kepada pencipta dan bertapa pentingnya muhasabah dalam kehidupan. 

Modul–modul yang digubah mampu meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam aspek kehidupan seharian mahupun bekalan di hari akhirat kelak dan InsyaAllah bakal melahirkan semangat jati diri yang hebat berdasarkan matlamat yang sangat murni dan utuh iaitu “Demi mencari keredhaan Allah dalam segala urusan.” 


Dengan ini akan lahirlah InsyaAllah : 

· Anak yang Soleh penawar hati buat ibu dan ayah. 

· Ibu ayah yang beriman sebagai jambatan anak-anak ke syurga. 

· Pelajar yang cemerlang yang sedar hakikat tanggungjawab mencari ilmu yang berkat. 

· Guru yang berhikmah dalam mendidik yang mendahulukan kasih sayang di dalam menjalankan tanggungjawab. 

· Pekerja yang cemerlang dan majikan yang budiman yang sentiasa memahami tanggungjawab masing-masing dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan organisasi yang gemilang. 

· Pemimpin yang adil dan bertanggungjawab kepada agama dan ummah. 

Segalanya bermula dari jiwa yang tenang serta jiwa yang mampu mengenali hakikat diri sentiasa dan matlamat setiap kehidupan.. 

Modul yang kami sediakan ini, akan dihiasi oleh pelbagai variasi uslub penyampaian seperti kesan bunyi (sound effect ) dan audiovisual yang kami sediakan termasuk di dalam pakej yang disediakan. 

Semoga Uslub dakwah terkini ini mampu memberi sumbangan agar penyampaian dakwah yang disampaikan mampu menembusi liang jiwa hati nurani para peserta program kami. 

Sekian daripada kami, dan saya Ustaz Ahmad Zulfadzli sentiasa menanti dan mengalu-alukan pelawaan dari pihak tuan/puan untuk membuat program bersama-sama kami walau dimana jua. InsyaAllah.


Nama Syarikat :
Deen Consultant Sdn Bhd

Didaftarkan di bawah 
CESMED, UKM

No daftar syarikat : 
8811 25-M

Tarikh mula daftar 
20/12/2012

Jenis syarikat 
Sdn Bhd

Alamat tetap syarikat 
Blok 12D-T02-U06, Parcel 12, Presint 9, 62250 Putrajaya

No tel/faks 
013-3702541

Email : 
fizuri@yahoo.com

Akaun syarikat 
158097766341

Jenis perkhidmatan :
Motivasi, Pembangunan Diri, Smart Solat, Peperiksaan

Kekuatan Deen Consultant : 
Orang Asli, Kanak-kanak dan Remaja

Lembaga Pengarah 
Ahmad Zulfadzli Bin Din

1 comment:

  1. salam...

    rase mcm pernh bace jer kate aluan di ats 2... yg org laen punye.. sy kenai sy tuan empunya tulisn 2... rasa tulis dan baca pun sy dah tahu... hrp konsult ini dpt membina identiti sndr....dgn xmengamlkan kopi paste... t.ksh.

    ReplyDelete