Wednesday 12 December 2012

KATA ALU-ALUAN



KATA ALU-ALUAN


Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum W.B.T.


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam pula khas buat junjungan rasul yang mulia Nabi Muhammad s.a.w. penghulu kepada semua kenabian dan ummat dan seterusnyalah buat semua muslimin muslimat serta saudara-saudari yang dikasihi sekalian.


Untuk pertamanya sama-samalah kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Tuhan yang merancang segala ketentuan kerana dengan iziNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kehidupan di muka bumi sebagai alam persiapan kita untuk mencari bekal perjalanan yang panjang ke negeri yang abadi.


Kita sebagai seorang hamba yang tugasnya mengabdikan diri kepada Allah, mestilah sentiasa memastikan sengenap lorong perjalanan kehidupan yang kita lalui sentiasa bertempatan dengan naungan keredhaan Allah S.W.T.


Muslimin dan muslimat sekalian, terima kasih kerana sudi melapangkan sedetik waktu untuk bersama-sama kami menghayati keindahan Islam dan kemanisan iman. Kami amat-amat berharap segala artikel dan isi kandungan web ini sedikit sebanyak mampu membantu ummah untuk mencari penawar dan kehidupan kita seharian.


Laman web ini adalah medium perantaraan maklumat program-program Sentuhan Rohani yang digerakan oleh sebuah konsultan berdaftar yang di kenali sebagai Deen Consultant.


Deen Consultant adalah suatu organisasi Islamic Leadership Training yang bertanggungjawab untuk bersama –sama para dai’e di akhir zaman menyambung perjuangan dakwah yang diwarisi oleh nabi junjungan untuk mengembalikan kecintaan dan pengabdian manusia kepada penciptanya (Allah S.W.T )


Dengan setitis ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, kami cuba untuk menjalanankan usaha sedayanya untuk menyentuh latifatul qalb insani supaya kembali menyinar merasai erti kehambaan dan tanggungjawab kehidupan setiap insan.


Modul – modul ini diilhamkan khas untuk semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira usia umur mereka mahu pun darjat kedudukan dan taraf ilmuan yang ada pada diri mereka. Di sinilah akan tersingkap tabir sejauh mana erti kehambaan dan ketaatan seorang hamba kepada pencipta dan bertapa pentingnya muhasabah dalam kehidupan.


Modul –modul yang digubah mampu meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan dalam aspek kehidupan seharian mahupun bekalan di hari akhirat kelak dan InsyaAllah bakal melahirkan semangat jati diri yang hebat berdasarkan matlamat yang sangat murni dan utuh iaitu “Demi mencari keredhaan Allah dalam segala urusan.”


Dengan ini akan lahirlah InsyaAllah :

  1. Anak yang Soleh penawar hati buat ibu dan ayah. 
  2. Ibu ayah yang beriman sebagai jambatan anak-anak ke syurga.
  3. Pelajar yang cemerlang yang sedar hakikat tanggungjawab mencari ilmu yang berkat.
  4. Guru yang berhikmah dalam mendidik yang mendahulukan kasih sayang di dalam menjalankan tanggungjawab.
  5. Pekerja yang cemerlang dan majikan yang budiman yang sentiasa memahami tanggungjawab masing-masing dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan organisasi yang gemilang.
  6. Pemimpin yang adil dan bertanggungjawab kepada agama dan ummah.

Segalanya bermula dari jiwa yang tenang serta jiwa yang mampu mengenali hakikat diri sentiasa dan matlamat setiap kehidupan..

Modul yang kami sediakan ini, akan dihiasi oleh pelbagai variasi uslub penyampaian seperti kesan bunyi (sound effect ) dan audiovisual yang kami sediakan termasuk di dalam pakej yang disediakan.

Semoga Uslub dakwah terkini ini mampu memberi sumbangan agar penyampaian dakwah yang disampaikan mampu menembusi liang jiwa hati nurani para peserta program kami.


Sekian daripada kami,dan saya Ustaz Ahmad Zulfadzli sentiasa menanti dan mengalu-alukan pelawaan dari pihak tuan/puan untuk membuat program bersama-sama kami walau dimana jua. Insyallah.

No comments:

Post a Comment